Esir Frozen Food

Menyediakan produk yang berkualiti dan halal keluaran bumiputera malaysia

isa

SEJAK 2006

Menawarkan pelbagai makanan sejuk beku kuih yang dijamin halal dan 100% keluaran Bumiputera.

01/11

Siapa Kami

E SIR Enteprise telah ditubuhkan pada 18 Ogos 2006 yang merupakan syarikat milik penuh En Muhamad Isa Bin Edrus yang juga usahawan Bumiputra Melayu Islam yang menjalankan urusan perniagaan makanan sejuk beku atau lebih popular dengan nama ’frozen food’. Syarikat ini telah didaftarkan di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada 16 Ogos 2006.

Bermula secara kecil-kecilan di rumah sejak setahun yang lalu. Dengan modal permulaan sebanyak RM1,000.00, syarikat ini mula mengorak langkah setelah mendapat sokongan dan sambutan dari penduduk setempat khasnya dan penduduk kampung amnya. Perkembangan yang positif ini seolah-olah telah memberi gambaran am bahawa kecenderungan dan kesedaran orang ramai kepada produk Bumiputera Melayu Islam (BMI) atau produk halal keluaran orang melayu islam.

Perancangan di masa akan datang untuk mempelbagaikan lagi keluaran produk syarikat E’SIR Enterprise ini selain menjalinkan rangkaian dengan pengusaha-pengusaha lain yang sealiran dengan perusahaan ini.

 

Dengan menggunakan tenaga kerja seramai 4 orang di bahagian pengoperasian berupa kerja-kerja memproses, membuat dan membungkus produk yang dikeluarkan. Manakala seorang dibahagian pentadbiran dan seorang lagi di bahagian pengangkutan dan penghantaran.

 

E’SIR Enterprise beroperasi dari jam 8.00 pagi sehingga jam 5.00 petang setiap hari kecuali hari  Ahad. Kerja pengeluaran pula hanya beroperasi dari Isnin hingga Sabtu sahaja. Manakala hari Sabtu selalunya adalah untuk tujuan penghantaran.

PERANCANGAN

OPERASI  DAN AKTIVITI

Jenis perusahaan yang dilakukan ataupun yang dibuat lebih kepada produk berasaskan tepung. Antara produk-produk yang dihasilkan adalah:

  • Murtabak daging
  • Murtabak ayam
  • Samosa ayam
  • Samosa daging
  • Samosa kentang
  • Samosa sayur
  • Karipap ayam
  • Karipap daging
  • Karipap kentang
  • Karipap sardin
  • Popia otak-otak
  • Donut
  • Cubadak
  • Kasturi
  • Roti Canai
  • Roti Boom
Pembekal Frozen Food karipap, popia-3
Pembekal Frozen Food karipap, popia,-1
Pembekal Frozen Food karipap, popia

Esir Enterprise telah berjaya mendapatkan sijil pengesahan halal JAKIM ke atas semua produk keluaran Esir Ent.

Sijil Halal Esir Frozen Food

Esir Enterprise merupakan salah seorang ahli di dalam Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)

Ahli Persatuan Pengguna Islam Malaysia

Sepanjang tahun 2009, pihak ESIR Frozen telah menerima kunjungan para pelajar institusi pengajian tinggi iaitu KUIS (Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor), UiTM Shah Alam dan UniSel, Berjuntai Bestari. Selain dari itu juga, program ini berterusan sehingga sekarang(2013) di mana kunjungan dari para pelajar UKM juga turut datang melawat ke Esir Frozen.

Selain dari itu juga, pihak ESIR ENT.  telah mengadakan bengkel dan kursus teknologi makanan sejuk beku jangka pendek kepada mereka yang berminat untuk mempelajari teknologi dan teknik-teknik untuk membuat kuih sejuk beku. Antaranya ialah di premis ESIR ENT itu sendiri, Persatuan Wanita Islam Petaling Jaya,Persatuan Kebajikan Polis (PERKEP) di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, dan juga kerjasama dengan Pejabat Mara Daerah Klang serta Pejabat Mara Daerah Kuala Selangor dan lain-lain.

(Visited 4,441 times, 7 visits today)

×

PROMO PERCUMA PENGHANTARAN UNTUK BELIAN RM 100 KE ATAS.
0
Your Cart
Scroll to Top